Pensohor dan bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada semalam ada mencuri tumpuan warga maya apabila dia ada memuat naik hantaran berbaur amaran kepada seseorang.
Dalam hantaran tersebut, Shuhada memaklumkan bahawa dia akan melawan habis-habisan bagi mendapatkan keadilan.
Tulisnya lagi, dia ada memberi peluang kepada individu itu untuk menyelamatkan diri namun nasihatnya tidak dipedulikan.
Biar saya tunjukkan apa yang saya mampu buat, Honey Bunny. Saya beri awak peluang untuk lari tapi awak tak nak dengar. Saya akan lawan hingga ke akhir nafas saya sayang, tunggu dan lihat.
Shuhada juga memberi bayangan bahawa dia tidak pernah rugi apa-apa pun namun individu itu mempunyai ‘ketakutan’ yang cukup besar.
Ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata ini juga memaklumkan bahawa dia percaya akan pembalasan Tuhan terutama kepada mereka yang menganiaya orang lain.
Sekadar info, Shuhada pernah mendirikan rumah tangga dengan Hafidz pada 30 April 2016 namun berpisah pada 27 Julai tahun lalu.
Hafidz kemudian bernikah dengan wanita yang menjadi punca perceraiannya bersama Shuhada iaitu Athira Yuhada.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Saya Akan Lawan Hingga Ke Akhir Nafas Saya Sayang, Tunggu Dan Lihat” – Nurul Shuhada first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments