#Hiburan: “Nak Spin Pun Agak-Agak Lah..” – Ruhainies Tak Mengaku Pernah ‘Sign’ Kontrak, ‘Founder’ Tak Diam Diri Dedah Bukti

Tidak berdiam diri selepas didakwa melanggar kontrak dengan menarik diri dari menjadi duta bagi produk Mixberries Royal Women, pelakon Ruhainies tampil memberi kenyataan mengatakan pengasas Aurebella Beauty telah memfitnahnya dan mendedahkan dirinya tidak menandatangangi sebarang kontrak.

Founder dedah bukti

Namun demikian, founder jenama tersebut turut tidak berdiam diri selepas kejadian tersebut. Baru-baru ini, dirinya telah memuat naik sebuah Instagram story yang memaparkan video di mana pelakon tersebut sedang menandatangani sebuah papan foto ketika hari pelancaran sebagai duta produk.

Advertisement

Terang-terang dia sendiri sign dekat board tu tulis brand ambassador of Aurebella Beauty. Lepas tu spin cerita cakap tak pernah bekerjasama dengan kita.

 

Funny! Terang lagi bersuluh. Nak spin pun agak-agak lah, bukti semua ada.

igSumber : Instagram  

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Bukan itu sahaja, pengasas Aurebella juga berkata bahawa masih banyak bukti yang belum ditunjukkan kepada orang ramai atas nasihat peguam. Menurutnya, Ruhainies ini telah memutar belit cerita tentang jenama tersebut.

Sebelum ini, pemilik jenama terbabit telah memaklumkan bahawa pihak mereka bakal mengambil tindakan undang-undang kepada Ruhainies kerana telah melanggar kontrak perjanjian sehingga mendatangkan kerugian yang besar terhadap mereka.

Ruhainies
2 weeks ago

Tarik Diri Jadi Duta Produk, 'Founder' Kecantikan Nak Saman Ruhainies - "Kami Tak Puas Hati Dengan Prestasi Kerja Dia"

The post “Nak Spin Pun Agak-Agak Lah..” – Ruhainies Tak Mengaku Pernah ‘Sign’ Kontrak, ‘Founder’ Tak Diam Diri Dedah Bukti first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments