#Hiburan: “Asalkan Pembayaran Dibuat Secepat Mungkin..” – Keputusan Muktamad, Hidayah Setuju Ali Tak Perlu Bayar Faedah

Susulan isu pembayaran hutang pelawak Ali Puteh kepada kakak iparnya, Norhidayah Hamzah telah memutuskan untuk tidak mengenakan faedah sebanyak empat peratus tuntutan saman daripada Ali.

Mesti penuhi syarat

Menurut peguam Hidayah, keputusan tersebut telah dibuat atas persetujuan anak guamnya dengan syarat pembayarn hutang tersebut dilangsaikan dalam tempoh seminggu.

Advertisement

Setelah membuat penjelasan dan berbincang, Hidayah mengatakan tiada masalah untuk menerima jumlah bayaran asal dibawa Ali sebanyak RM75,486 sebagai penyelesaian penuh dan muktamad.

 

Asalkan pembayaran tersebut dibuat secepat mungkin dan saya harap Ali boleh berbuat demikian dalam masa seminggu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Untuk elak kekeliruan

Tambahan pula, peguam kepada kakak ipar Ali ini turut menjelaskan bahawa alasan kadar faedah sebanyak empat peratus itu hendak dikenakan ke atas Ali adalah supaya mengelakkan kekeliruan.

Menurutnya, memang ada undang-undang yang membenarkan penerima pampasan layak menuntut kadar faedah sebanyak empat peratus.

Sepatutnya lima peratus tetapi untuk kes ini hanyalah sebanyak empat peratus. Kadar faedah itu bertujuan menggalakkan individu yang berhutang membuat pembayaran secepat mungkin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Terdahulu, Ali Puteh telah berkongsi sebuah live dimana dirinya telah hadir ke rumah Hidayah bagi membayar hutangnya berjumlah RM75K secara tunai namun ditolak oleh Hidayah dan meminta Ali membayarnya menerusi peguamnya.

Ali puteh
5 days ago

"Datang Bawa Bodyguard, Main Terjah Acah Tunjuk Bagus" - Adik Hidayah Pula Tak Puas Hati, Hutang Ali Puteh Masih Belum Bayar

The post “Asalkan Pembayaran Dibuat Secepat Mungkin..” – Keputusan Muktamad, Hidayah Setuju Ali Tak Perlu Bayar Faedah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments