#Hiburan: “Ini Adalah Diri Saya Yang Baru..” – Mawar Rashid Sedia Buka Lembaran Baru, Kesihatan Mental Semakin Pulih

Aktres terkenal, Mawar Rashid menganggap perceraian telah membuka satu fasa baru dalam kehidupan dirinya dan anak-anak. Dirinya juga akan cuba untuk memulakan kehidupan baru yang lebih baik untuknya.

Seperti ‘gelas kosong’

Menurut Mawar, fasa baru hidupnya ini seolah-olah ‘gelas kosong’, namun sebagai seorang wanita dan juga ibu, pelakon ini telah berlapang dada dan sedia untuk mulakan lembaran baru.

Advertisement

Tambahan pula, ketika disoal berkenaan perpisahannya bersama bekas suami, Mawar memilih untuk mengunci mulut dan tidak membahas tentang hal peribadi tersebut.

Saya berpegang kepada prinsip untuk tidak berkongsi isu peribadi pada umum sebab saya ada anak-anak. Nanti mereka besar, akan baca perkara yang tak sepatutnya.

 

Saya juga menghormati pihak yang terlibat. Tetapi apa yang boleh saya cakap, saya gembira dan bersyukur dengan peluang yang saya terima sekarang.

 

Ini adalah fasa baru dalam hidup saya, ini adalah diri saya yang baru. Semuanya baru, saya anggap diri saya seperti gelas kosong.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Keadaan mental semakin baik

Pada masa yang sama, Mawar juga mendedahkan bahawa dirinya dalam keadaan yang baik sama seperti kesihatan mentalnya yang semakin memulih.

Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik. Tiada lagi mengalami serangan panik. Walaupun ada beberapa dugaan besar dalam hidup saya, tapi saya kini lebih gembira.

 

Sumber kekuatan saya ramai, kadang kala nak menangis pun buat apa, sebab saya ada sokongan yang kuat daripada keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Sebelum ini Mawar telah mengejutkan ramai apabila dirinya mengumumkan bahawa dia sudahpun berpisah dengan bekas suaminya, Raf Yaakob atas sebab tidak lagi persefahaman.

raf
6 days ago

"Saya Tiada Orang Ketiga, Begitu Juga Mawar.." - Raf Yakoob Tak Tolak Sekiranya Dijodohkan Semula Dengan Mawar Rashid

The post “Ini Adalah Diri Saya Yang Baru..” – Mawar Rashid Sedia Buka Lembaran Baru, Kesihatan Mental Semakin Pulih first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments