Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dilaporkan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 4.28 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Berita duka itu turut disahkan Timbala Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof kepada Astro Awani sebentar tadi.
Sekarang jenazah akan dimandikan dan Insya-Allah akan dibawa ke Masjid Negara untuk penghornatan terakhir (peringkat Semenanjung) sebelum jenazah dibawa ke lapangan terbang untuk diterbangkan ke Kuching, Sarawak.
Jenazah Allahyarham Abdul Taib akan disempurnakan serta disembahyangkan di Masjid Demak sebelum disemadikan di sebelah pusara isteri pertama, Toh Puan Laila Taib di kediaman peribadi mereka di Demak Jaya.
Allahyarham merupakan figura politik era penubuhan Malaysia yang masih hidup dan pernah berada dalam Kabinet Sarawak yang ditubuhkan pada 22 Julai 1963.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post [TERKINI] Bekas Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud Meninggal Dunia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments