Seperti yang sedia tahu, beberapa hari lalu, pelawak Ali Puteh telah hadir ke rumah kakak iparnya, Siti Norhidayah Hamzah bagi melangsaikan hutang saman sebanyak RM75K. Namun, Hidayah tidak menerima wang tersebut dan meminta Ali membayarnya menerusi peguam.
Penjelasan peguam
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, peguam yang mewakili Hidayah telah tampil menjelaskan sebab-sebab kenapa Hidayah tidak dapat menerima bayaran saman tersebut.
Hidayah telah memaklumkan pada saya Ali telah datang ke rumahnya dengan membawa sejumlah wang berjumlah RM75K. Kemudian Hidayah menghubungi saya sama ada dia boleh mengambil atau tidak wang tersebut.
Daripada segi undang-undang memang tiada masalah untuk Ali membayar secara tunai tetapi saya mengambil kira pada waktu itu jika sejumlah wang besar dibawa masuk ke dalam rumah dan ditambah pula dilakukan secara live, orang akan tahu pada malam tersebut akan ada sejumlah wang yang besar dalam rumahnya.
View this post on Instagram
Kerana faktor keselamatan
Jelasnya lagi, hal tersebut dilakukan atas dasar keselamatan dan bukan untuk memanjangkan kes seperti yang didakwa netizen. Oleh itu, peguam Hidayah telah meminta Ali untuk membawa wang tersebut ke firma guaman atau dimasukkan terus ke dalam akaun bank.
Atas faktor keselamatan, saya telah bercakap dengan Ali untuk wang tersebut dibawa ke firma guaman atau lebih mudah dimasukkan ke dalam bank. Semua atas faktor keselamatan. Hidayah tiada niat lain untuk menolak wang tersebut.
Terdahulu, Ali Puteh telah berkongsi sebuah live ketika dirinya hadir ke rumah bekas kakak iparnya untuk membayar hutang saman sebanyak RM75K secara tunai selepas dirinya berjaya mengumpul jumlah tersebut dengan menjual harta peribadinya.
The post “Atas Faktor Keselamatan, Hidayah Tiada Niat Tolak Wang..” – Peguam Tampil Perjelas Punca Hidayah Tak Terima Bayaran Hutang Ali first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments