Setiap produk yang diambil oleh masyarakat Muslim perlulah ada pengiktirafan halal daripada pihak berkuasa. Seperti baru-baru ini, ada sesetengah netizen yang mempersoal pergiktirafan halal pada produk-produk pempengaruh terkenal, Khairul Aming.
Khairul Aming perjelas isu halal
Tular di aplikasi X, seorang individu yang bertanyakan tentang sijil halal bagi produk keluaran Khairul yang masih belum ada hingga sekarang. Oleh itu, sebagai pengasas, Khairul telah menjelaskan mengapa ia mengambil masa yang lama untuk memperoleh sijil tersebut.
Menurutnya, proses itu memakan masa yang lama kerana ia perlu menjalani beberapa langkah. Berdasarkan hantaran yang dikongsi, Khairul baru mendapatkan sijil MeSTI dan kemudian barulah dirinya akan memohon sijil-sijil yang lain.
Satu persatu. Pertamanya, dapatkan sijil MeSTI untuk pastikan kilang bersih dan selamat disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Perkara ini makan masa 2 tahun lebih sebab kita buat kilang dari scratch. Kemudian, baru kita dapatkan sijil Halal, diikuti sijil Good Manufacturing Practice (GMP) dan sijil Hazard Analysis & Critical Control Point (HACCP).
https://t.co/eQ9o33ef6y pic.twitter.com/zIJMJb6Nhe
— Khairulaming (@khairulaming) February 18, 2024
Tambahan pula, Khairul turut berkongsi sebuah gambar yang memaparkan dirinya telah menerima sijil MeSTI dari pihak tersebut sebagai bukti kepada orang ramai.
Jelas Khairul, strategi yang dikongsikan itu adalah apa yang dipersetujui oleh semua pihak yang berkenaan bagi memastikan prosesnya berjalan dengan lancar. Pempengaruh ini berkata dirinya akan sentiasa memberi perkembangan terkini bersama followers di media sosial.
The post “Makan Masa Dua Tahun Sebab Kilang Kita..” – Netizen Persoal Tiada Sijil Halal, Khairul Aming Tampil Terjelas Hal Sebenar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments