#Hiburan: “We Are Enganged!” – Sedia Masuk Alam Perkahwinan, Arieff Yong Melamar Teman Wanita Asal Sepanyol Dalam Pawagam

Baru-baru ini, penyampai radio Fly FM dan pempengaruh media sosial iaitu Arieff Yong telah melamar kekasihnya yang berasal dari Sepanyol setelah dua tahun mereka bersama. Lamaran tersebut telah dibuat di sebuah pawaga pada 10 Februari lalu.

Dah bersedia bina rumah tangga

Kata Arieff, dia memutuskan untuk melamar teman wanitanya kerana dirinya sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan dan membina rumah tangga bersama Sylvia Good. Menurutnya, wanita ini disifatkan sebagai anugerah terindah buatnya.

Advertisement

Saya bertunang dengan cinta hati saya hari ini (10 Februari). Saya kena rahsiakannya sepanjang satu minggu sebab mahu melamarnya dalam pawagam.

 

Untuk Sylvia Good, sejak pertemuan pertama kita, saya tahu perjalanan bersama awak tak akan pernah tak luar biasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ARIEFF YONG (@arieffyong)

Sering dapat mesej godaan

Pada masa yang sama, penyampai radio ini turut berkata bahawa dirinya tidak pernah berahsia tentang hubungannya bersama Sylvia. Namun, Arieff tak menafikan bahawa pernah mendapat mesej-mesej berbentuk godaan melalui media sosial.

Rasanya semua followers tahu yang saya sudah ada teman wanita.

 

Saya tak pernah berahsia mengenai soal peribadi. Tak dinafikan, saya ada terima mesej berbentuk godaan dalam media sosial. Tetapi, saya tak layan pun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ARIEFF YONG (@arieffyong)

Untuk info, pasangan itu telah menjalinkan hubungan istimewa sejak April 2022 dan sering terlihat tampil di media sosial bersama-sama.

twt
3 months ago

"'Main Character Syndrom Is Real'" - Melamar Di Tengah-Tengah Konsert Coldplay, Lamaran Ikut Budaya Barat Undang Kecaman Netizen

The post “We Are Enganged!” – Sedia Masuk Alam Perkahwinan, Arieff Yong Melamar Teman Wanita Asal Sepanyol Dalam Pawagam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments