#Hiburan: “Pernah Terfikir Duduk Dirumah Dengan Gelaran Datin..” – Atikah Suhaime Tak Pandang Harta & Gelaran, Masih Ingin Bekerja

Aktres jelita yang baru bergelar isteri iaitu Datin Atikah Suhaime, berkata bahawa dirinya enggan menjadi suri rumah sepenuh masa seperti golongan datin-datin seperti umumnya.

Pentingkan kerjaya

Menurut Atikah,dirinya pernah pertimbangkan kehidupan begitu namun akhirnya memutuskan untuk bekerja seperti sebelumnya. Tambahan pula, pelakon ini juga berfikir harta bukanlah segalanya untuk perkahwinan mereka. Tanpa gelaran dan harta pun, Atikah tetap ingin bersama suaminya itu.

Advertisement

Pada mulanya, memang saya pernah terfikir untuk duduk rumah dengan gelaran datin tetapi sebenarnya saya tak sesuai dengan perkara sebegitu.

 

Pada awalnya memang fikir tentang harta benda tetapi lama-kelamaan selepas mengenali lebih mendalam, semuanya berubah, tanpa harta pun saya boleh hidup dengan dia.

Guna gelaran untuk benda bermanfaat

Pada masa yang sama, bila ditanya tentang gelaran yang diperoleh itu, Atikah berancang untuk menggunakan ia ke arah kebaikan seperti menolong orang ramai melalui perniagaan.

Mungkin saya perlu lakukan sesuatu untuk menjadikannya lebih bermakna seperti banyak menderma atau beri sesuatu kepada masyarakat.

 

Kalau dari aspek bisnes, mungkin boleh jual sesuatu dengan harga mampu milik supaya semua boleh membelinya.

Terdahulu, Atikah telah selamat mendirikan rumah tangga bersama Lukman pada 21 Januari lalu.

Atikah Suhaime
4 weeks ago

(FOTO) Atikah Suhaime 'Off Market', Pilih CEO Produk Zaitun Sebagai Suami

The post “Pernah Terfikir Duduk Dirumah Dengan Gelaran Datin..” – Atikah Suhaime Tak Pandang Harta & Gelaran, Masih Ingin Bekerja first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments