Pensohor media sosial dan usahawan terkenal, Madammu tampil membidas kecaman netizen yang mengkritiknya memberi telefon bimbit kepada anaknya yang masih bayi.
Dikecam beri telefon bimbit pada anak
Ujar Madammu, teknologi seperti telefon bimbit mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri dan menganggap anak-anak kecil ini teruja melihat gajet tersebut disebabkan oleh cahaya lampu.
Jangan cakap macam itu, handphone ini memang ada buruknya dan ada baiknya tapi tak boleh pukul rata. Ada ja, banyak ja skrip yang memberi pendidikan kepada anak-anak.
@zueraidah_noir Jawapan Madammu bila ada yang komen jangan bagi anak main handphonee… #fyp
? original sound – Zue Raidah Noir Leader – Zue Raidah Noir Leader
Kita duduk dalam zaman 2024. Ada benda yang kita boleh orang kata mana ada budak jenis yang tak nampak handphone itu tak teruja. Kita ini pun nampak handphone pun teruja.
Jangan pukul rata, tak semua bermasalah
Dia dalam pada itu turut memaklumkan bahawa anak-anaknya banyak mempelajari bahasa Inggeris melalui telefon bimbit.
Madammu faham, tapi tak boleh pukul rata kata anak-anak yang banyak main handphone ini banyak masalah.
Alhamdulillah, memang betul handphone dia ada baik dan buruk, tapi anak-anak Madammu banyak belajar bahasa Inggeris melalui handphone.
“Cuma kena pandai kawal, ada budak-budak zaman sekarang yang masalah itu mungkin tidak dikawal” ujarnya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Dikecam Beri Telefon Bimbit Kepada Anak, Madammu Bidas Netizen – “Kena Pandai Kawal, Tak Boleh Pukul Rata” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments