Pelakon yang juga seorang usahawan, Zoey Rahman menjadi bualan warganet di TikTok selepas dia didakwa mempermainkan hati seorang wanita berstatus OKU.
Selalu live bersama
Difahamkan, Zoey dan wanita berasal dari Singapura itu dikatakan selalu membuat siaran langsung di aplikasi tersebut bersama-sama pada waktu malam.
Menerusi rakaman yang tular, Zoey dilihat cuba memujuk dan menceriakan wanita berkenaan yang menangis malah turut membuat aksi seperti sedang mengelap air matanya.
Layanan Zoey buat salah sangka?
Ruangan komen hantaran itu dibanjiri bermacam respon daripada warganet terutamanya kaum Hawa yang berpendapat layanan Zoey yang baik mungkin membuatkan wanita bernama Mas tersebut salah sangka.
Malah ada yang mengasihani wanita itu dan berkata mungkin dia jarang sekali menerima layanan yang baik daripada orang lain di sekelilingnya.
Zoey minta maaf
Bagaimanapun, usahawan kosmetik itu telah tampil membuat permohonan maaf kepada Mas menerusi panggilan telefon yang disiarkan di live TikTok kerana sudah menimbulkan kekeliruan mengenai status hubungan mereka berdua.
Tambah Zoey, dia berharap mereka boleh kekal menjadi kawan sahaja serta turut mendedahkan ibunya sudah mempunyai calon jodoh buat dirinya.
Kita fokus jadi bestie je, boleh? Saya taknak benda ni akan jadi lebih complicated di masa akan datang. Jadi lebih baik kita jadi macam kawan, lebih santai, meriah dan seronok.
Menerusi panggilan itu, Mas didengari sebak dan menangis selepas Zoey memaklumkan dia sudah berpunya dan mengajaknya untuk kekal berkawan.
The post “Mana Lah Orang Tu Tak Taruh Harapan” – Selalu ‘Live’ & Layan ‘Sweet’ Sangat, Zoey Rahman Dikritik Permainkan Hati Wanita OKU first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments