Setelah tujuh tahun meninggalkan industri seni, pelakon, Azar Azmi kini kembali ke set penggambaran untuk drama terbaru terbitan Astro.
Dapat dilihat melalui perkongsian video di akaun Bambam Studio Official, Azar atau nama sebenarnya, Siti Azar Ameerah Azmi meluahkan rasa gementar selepas sekian lama tidak menjejakkan kaki ke set penggambaran.
Nervous… saya takut
@bambamstudiosofficial Azar Azmi nervous nak masuk set drama terbaru Astro…Selamat kembali berlakon, Azar…. Kalau korang nak tahu drama apa, tunggu update dari BamBam Studios @azarazmi #BamBamStudios #Dramamelayu #astroone ♬ original sound – bambamstudiosofficial
Dalam pada gementar, Azar juga berasa sebak kerana diberi peluang untuk kembali berlakon.
Susulan video tersebut telah tular, ramai meluahkan rasa sedih serta gembira dapat melihat aktres berkenaan kembali semula di industri seni seperti sebelum ini.

Sebelum ini, Azar Azmi mendedahkan tentang kisah dirinya yang menyedihkan, di mana dia direman atas kesalahan orang lain
The post “Nervous.. Saya Takut” – Kembali Ke Set Penggambaran Untuk Drama Baru, Azar Azmi Luah Rasa Sebak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 Comments