Bekas pelakon, Zul Yahya didakwa kini sedang berdepan ujian hidup apabila perniagaan makanan yang diusahakannya dikatakan mengalami masalah sehingga memberi kesan kepada keadaan kewangan keluarga.
Perkara itu mula menjadi perhatian selepas seorang pengguna Threads berkongsi mengenai situasi Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya, yang didakwa sedang bergelut untuk meneruskan operasi perniagaannya.
Menerusi satu video siaran langsung yang turut tular di media sosial, Zul dilihat meluahkan rasa syukur kepada orang ramai yang telah menghulurkan bantuan kepadanya.
Dalam masa sama, dia turut mengakui memerlukan sejumlah wang sebanyak RM15,000 dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya.
“Saya berterima kasih kepada anda semua yang transfer. Terima kasih. Subhanallah, saya doakan semoga Allah permudahkan urusan kehidupan kalian dunia akhirat dan dikurniakan kesihatan baik.”
“Saya perlukan RM15,000 dalam masa terdekat, pening kepala. Tak tahulah kalau kalian berada di tempat saya ini,” katanya.
Untuk rekod, Zul sebelum ini memilih untuk meninggalkan dunia lakonan dan menjalani kehidupan lebih sederhana dengan memberi fokus kepada perniagaan makanan.
Dia mengusahakan perniagaan di Ipoh, Perak menerusi jenama Zul Yahya Recipe yang menawarkan konsep masakan kampung serta hidangan steambot dan barbeku.
Perkongsian tersebut kemudian mengundang perhatian netizen, dengan ramai yang mendoakan agar urusan Zul sekeluarga dipermudahkan serta perniagaannya kembali stabil seperti biasa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Perniagaan Restoran Didakwa Terjejas, Zul Yahya Mengaku Perlukan RM15,000 Dalam Masa Terdekat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 Comments