Kematian seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam semalam disifatkan sebagai kemalangan dan tidak mempunyai unsur jenayah.
Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.07 pagi itu melibatkan pegawai berusia 42 tahun dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan mendapati mangsa yang mempunyai dua orang anak masih kecil itu terjatuh dari tingkat lapan bangunan berkenaan.
Menurut beliau, pihaknya setakat ini percaya kejadian tersebut bersifat kemalangan dan siasatan masih dijalankan di bawah laporan mati mengejut.
“Berkaitan dengan insiden semalam, setakat ini kita mempercayai ia bersifat kemalangan dan tiada unsur-unsur jenayah. Itu sahaja ulasan saya berkaitan insiden tersebut.
“Proses bedah siasat telah selesai semalam sebelum jenazah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kuantan, Pahang,” katanya.
Mengulas mengenai dakwaan kononnya berlaku serbuan sebelum kejadian, Shazeli menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara itu.
Pegawai Kanan JSJ Selangor Meninggal Dunia Terjatuh Dari Bangunan, Polis Klasifikasi ‘Mat* Mengejut’
“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan begitu, jadi saya tak boleh komen. Mungkin tuan (pemberita) kena tanya pada sumber tuan kembali,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan bahawa polis tidak akan berkompromi dengan sebarang penyebaran spekulasi tidak tepat di media sosial yang boleh mengaibkan keluarga arwah.
“Sekiranya spekulasi itu tidak benar, dan ada berbau fitnah, insya-Allah report boleh dibuat dan tindakan siasatan akan dijalankan,” ujarnya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pegawai kanan dari JSJ IPK Selangor maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan di Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam.
Kejadian itu dilaporkan kira-kira jam 3.07 pagi selepas Pusat Kawalan IPD Shah Alam menerima maklumat berhubung insiden berkenaan. – KOSMO ONLINE
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Dakwaan Ada ‘Serbuan’ Jadi Punca Kematian Pegawai JSJ, KP Selangor Beri Kenyataan – “Saya Tidak Pernah Keluarkan Kenyataan Itu..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 Comments