#Hiburan: Penuh Plagiat Dan Terjemah Dari AI, Keluarga Cikgu E Syukur Anugerah Buku Negara Ditarik Balik – “Saya Rasa Itu Sepatutnya Dibuat”

Kontroversi sekitar sebuah buku yang didakwa mengandungi unsur plagiat akhirnya terlerai apabila karya itu menerima notis penarikan semula pengiktirafan Anugerah Buku Negara oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN).

Menurut penulis terkenal, Sri Diah Shaharuddin, sekretariat pertandingan telah mengeluarkan surat rasmi memaklumkan keputusan membatalkan kemenangan penerbit Casamas Resources Sdn Bhd selepas karya tersebut menjadi pertikaian umum dan mendapat bantahan keluarga Allahyarham Nassry Mardee Ismail, atau lebih dikenali sebagai Cikgu E.

Advertisement

Keluarga arwah sebelum ini mempersoalkan kewujudan buku yang diterbitkan atas nama Cikgu E sehingga menimbulkan kontroversi pada Pesta Buku baru-baru ini.

Bercakap kepada media, balu arwah, Nor Azlina, menyifatkan penarikan pengiktirafan itu sebagai langkah yang tepat.

Perkara ini awalnya diberitahu abang ipar berkaitan ada buku diterbitkan atas nama Cikgu E hingga jadi kontroversi. Semalam dimaklumkan ada penarikan pengiktirafan itu. Saya rasa itulah sepatutnya dibuat.

Katanya lagi, buku tersebut langsung tidak menggambarkan keperibadian dan perjalanan sebenar arwah suaminya sepanjang berjuang melawan kanser.

buku cikgu E

Rakan cikgu yang baca sedikit naskhah ini pun kata ia tidak menggambarkan sepenuhnya apa yang ada pada arwah. Malah nilai kasih sayang yang ditulis tidak dapat dizahirkan dengan baik.

Nor Azlina turut mendedahkan bahawa terdapat usaha daripada beberapa pihak yang ingin menerbitkan naskhah sebenar mengenai kehidupan Cikgu E sebagai inspirasi kepada pejuang kanser.

Ada rakan penulis yang meminta kebenaran menulis, dan saya tidak menolak. Tetapi biarlah dibincangkan betul-betul. Kalau boleh, biarlah orang terdekat yang sama-sama mengikuti perjalanan arwah menulis supaya tidak timbul isu menyentuh sensitiviti.

Menurutnya, niat menerbitkan buku tidak semata-mata untuk keuntungan, malah boleh menjadi amal jariah sekiranya disampaikan dengan betul.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rembayung
2025-12-10 15:54:53

"Tak Ada 'Walk-In', Hanya 'Reservation'" - Khairul Aming Perjelas 'SOP' Restoran Rembayung, Parkir Kereta Dan Harga Makanan

The post Penuh Plagiat Dan Terjemah Dari AI, Keluarga Cikgu E Syukur Anugerah Buku Negara Ditarik Balik – “Saya Rasa Itu Sepatutnya Dibuat” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments