#Hiburan: “Tak Semua Janda Tu Macam Syaitan..” – Datuk Fazley Yaakob Persoal Layanan ‘Double Standard’

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yakoob, menegur sikap segelintir masyarakat yang masih memandang serong terhadap wanita bergelar janda, sedangkan duda sering diberikan layanan lebih baik.

Menerusi satu hantaran di Threads, Fazley mempersoalkan mengapa golongan duda sering dianggap sebagai calon ideal, tetapi janda pula terus berdepan stigma negatif.

Advertisement

faxley yaakob

Nak tanya, kenapa bila jadi duda orang semua sibuk nak kenal, tapi bila yang jadi janda semua pandang serong?
Bukan semua duda bak malaikat dan bukan semua janda tu macam syaitan. Kau faham tak?

Kenyataan tersebut mendapat sokongan ramai, apabila rata-rata netizen bersetuju bahawa stigma terhadap janda masih kuat dalam masyarakat, meskipun status tersebut tidak mencerminkan watak atau moral seseorang.

Malah, ramai memuji Fazley kerana berani bersuara mengenai isu sensitif yang sering menjadi perbualan umum.

Fazley yaakob

Untuk rekod, Fazley sebelum ini mengesahkan sudah bercerai dengan Azrene Soraya Abdul Aziz selepas 18 tahun berkahwin.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2006 dan dikurniakan empat cahaya mata: Ahmad Fariedz Shah (15), Ahmad Fieradz Shah (14), Ahmad Fierudz Shah (13), dan Alayna Selma (7).

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Neelofa pu riz
2025-12-11 10:12:05

Dikritik Caj Yuran Kelas Agama Terlalu Mahal, PU Riz Dan Neelofa Bersuara - "Nak Angkat Industri Ceramah Lebih Tinggi"

The post “Tak Semua Janda Tu Macam Syaitan..” – Datuk Fazley Yaakob Persoal Layanan ‘Double Standard’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments