#Hiburan: Suami Kutuk Badan Isteri Busuk Sebab Jaga Mak Mentua Terlantar – “Bila Nak Baring Sebelah, Dia Rasa Nak Termuntah”

Seorang wanita menzahirkan rasa sedih apabila pengorbanannya selama ini menjaga ibu mentua dibalas tuba oleh si suami.

Menurut  kisah wanita itu yang diambil dari satu group Geng Jaga Ibu Ayah Sakit, suaminya ada menegur bau badan yang didakwa busuk gara-gara tugas hariannya menjaga ibunya yang terlantar.

Advertisement

wanita jaga mak mentua sakit

Suami kata tak tahan dengan bau badan saya. Katanya bau mentua melekat, sedangkan saya yang cuci luka bedsore dua kali sehari.

Dah dekat setahun saya jaga, setiap malam tidur di sebelah sebab tak nak dia terjerit-jerit memanggil saya setiap hari.

Baru saya nak baring sebelah, dia nak termuntah sebab bau mentua melekat. Sedangkan itu mak dia sendiri.

Tak terkata saya dibuatnya dengan sikap suami, terus saya bangun baring sebelah mentua.

Cerita wanita itu lagi, dia merupakan satu-satunya menantu perempuan yang menggalas tugas mejaga ibu mentua sepenuh masa memandangkan kesemua adik beradik suaminya adalah lelaki.

Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya berasa simpati dengan nasib yang menimpa wanita itu.

Thredas

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-15 13:35:15

"Kali Ni Kami Sokong Penyondol" - Wanita Diceraikan Talak Tiga, Ambil Keputusan Balas Dendam Nikahi Bapa Skandal Bekas Suami

The post Suami Kutuk Badan Isteri Busuk Sebab Jaga Mak Mentua Terlantar – “Bila Nak Baring Sebelah, Dia Rasa Nak Termuntah” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments