#Hiburan: “Semua Akan Ditanggung Di Akhirat Kelak..” – Lufya Omar Tarik Kes Tuntutan Nafkah Anak Terhadap Dr Che Hafiz

Pelakon Lufya Omar mengejutkan ramai apabila memaklumkan keputusan untuk menarik diri daripada isu tuntutan nafkah melibatkan bekas suaminya, Dr Che Hafiz.

Menerusi satu hantaran ringkas di Instagram Story hari ini, Lufya mengakui dia berasa malu untuk terus berdepan di mahkamah mengenai nafkah anak, tambahan pula dia percaya bekas suaminya tidak mampu menunaikan tanggungjawab itu.

Advertisement

Kata Lufya, apa yang tidak diselesaikan di dunia tetap akan menjadi tanggungan di akhirat, dan dia memilih untuk meneruskan kehidupan demi anak kesayangannya, Laana Haura.

Keputusan itu sekali gus menandakan Lufya ingin menutup episod pergolakan nafkah yang telah berlarutan, dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada membesarkan anaknya dengan tenang.

Untuk rekod Lufya dan Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 namun bercerai pada 17 Jun 2020. Mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan iaitu Laana Haura yang kini berusia 7 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nubhan
2025-11-26 16:26:20

Dr Fie Luah Rasa Syukur, Nubhan Enggan Ulas Keputusan Hadanah - "Minta Maaf, Dah Lambat Pergi Gegar Vaganza"

The post “Semua Akan Ditanggung Di Akhirat Kelak..” – Lufya Omar Tarik Kes Tuntutan Nafkah Anak Terhadap Dr Che Hafiz first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments