#Hiburan: Pelajar Perempuan Darjah 2 Jadi ‘Kapla’, Arah Kawan Terjun Bangunan Dalam Misi ROBLOX

Seorang pengguna Facebook baru-baru ini telah berkongsi mengenai bahana pengunaan permainan video Roblox yang telah menimpa anak saudaranya yang masih bersekolah rendah.

Menurut Khairul Ahmad Fitri, anak saudaranya yang dikenali sebagai BB itu telah diarahkan oleh rakan sekolah untuk melakukan misi Roblox.

Advertisement

Roblox

Rakan BB, yang dikenali sebagai ‘Kapla’ didakwa gemar memberikan misi yang melampau seperti menciup pelajar lelaki dan lebih mengejutkan, pernah disuruh untuk terjun dari bangunan sekolah.

Malah, jika tidak dituruti, ‘Kapla’ itu akan mengamuk  dan meminta rakan baik BB mencederakan anak saudara Khairul itu.

Roblox

Ibu bapa BB kemudiannya membuat laporan kepada pihak sekolah dan penjaga ‘Kapla’. Ia sekaligus mengundang rasa gelisah dalam kalangan ibu bapa mengenai keselamatan anak-anak di sekolah.

Buli di sekolah sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan mangsa mengalami tekanan emosi, hilang keyakinan diri, serta menjejaskan prestasi dan keselamatan pelajar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-10 16:18:10

"Berbaring Atas Katil, Rakam Diri Sendiri, Nak Perhatian?" - Tareq Fit Tegur Lelaki Buat Trend 'Jamilah'

The post Pelajar Perempuan Darjah 2 Jadi ‘Kapla’, Arah Kawan Terjun Bangunan Dalam Misi ROBLOX first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments