#Hiburan: Tak Ada Drama Air Mata, Siri Hari Raya CelcomDigi Tampil Kelainan. Bukan Macam Tipikal Iklan Raya!

Asal iklan raya je nak sedih, asal sedih je raya. Kliselah iklan raya macam ni, predictable sangat.

Tahun ni CelcomDigi antara jenama yang berjaya keluar dari sterotaip video raya melalui Siri Hari Raya, Bukalah Hati CelcomDigi yang menerokai keindahan erti ikhlas, penerimaan dan keterbukaan.

Advertisement

3 Siri 3 Pengarah Muda Dengan Perspektif Berbeza

Aidil & Fitri

“Bila niat tak ikhlas, buat apa pun tak berkat”

Siri pertama ni mengisahkan dua orang kembar nakal, Aidil dan Fitri. Bila diminta melakukan sesuatu ada saja akalnya. Tak ikhlas langsung!

Minta sapu sampah disuruhnya orang lain, pergi gotong-royong mereka muncul waktu makan je, disuruh hantar kuih… Hilang.

Korang rasa perangai macam ni boleh berubah tak?

Sabar, Cikgu

Bila dah belajar puasa sejak kecil, ia umpama kebiasaan melakukan ibadah ini setiap tahun. Tapi tidak buat mereka yang mula belajar berpuasa apabila dewasa.

Siri kedua Bukalah Hati membawakan pengalaman Cikgu Saresh yang mula berpuasa bagi menggalakkan anak-anak muridnya bersemangat dalam kelas.

Tapi Cikgu Saresh baru tengok air mineral sejuk dah tergoda. Macam mana ni?

Adakah Cikgu Saresh berjaya untuk selesaikan misi berpuasanya? Saksikan ketabahan Cikgu Saresh dalam ‘Sabar, Cikgu’.

Pulangkan Kasih

Mesti sedihkan bila orang yang kita sayang layan kita macam orang asing hanya kerana ada jurang perbezaan. Tahun ni pertama kali Nina balik untuk menyambut Hari Raya dengan keluarga sendiri, tapi ayah dia macam sesuatu pula.

Berbeza agama tidak memutuskan ikatan silaturahim. Masih adakah kasih buat Nina di Aidilfitri ini?

Bukalah Hati, Kian Bererti Aidilfitiri

Menarik apabila 3 perspektif berbeza digabungkan menjadi Siri Hari Raya yang membawa mesej-mesej positif.

Saat hati mula menerima, kebahagian adalah jawapan terindah. Buangkan segala prasangka dan jom raikan Syawal dengan lembaran baru.

The post Tak Ada Drama Air Mata, Siri Hari Raya CelcomDigi Tampil Kelainan. Bukan Macam Tipikal Iklan Raya! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments