#Hiburan: “Dia Akan Pusing Keliling Cari Salah Orang..” – Pernah Dilanda Nasib Sama, Rita Rudaini Dakwa Aliff Aziz Main ‘Game’ Tak Mahu Cerai

Sebelum ini, pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kecewa dan menasihati aktres Bella Astillah untuk tidak lagi bersama dengan keluarga mentua yang toksik. Kali ini, Rita kembali memberi respon terhadap keputusan Aliff Aziz untuk tidak menceraikan Bella.

Pernah lalui dulu

Kata Rita di Instagram story, dia sudah pernah melalui pengalaman sama dengan apa yang sedang menimpa Bella itu semasa perkahwinan dirinya dengan bekas suami dahulu.

Advertisement

Tambahnya, dia merasakan Bella tidak sesuai untuk berada dalam keluarga tersebut dan mendoakan agar pelakon muda ini diberikan jalan keluar.

 Lawak. Bro, sis dah lalui benda ni semua dulu. Dah curang, dah salah lepas tu tak nak cerai sebab ada game.

 

Yang mak mentua hang pun sama. Hang dah tak suka, nasihatlah anak kesayangan hang tu suruh cerai.

 

Bawa balik anak-anak tu frame elok-elok. Ni lah family Npd + Toksik. Tak payahlah Bella, kang tak pasal- pasal dapat penyakit.

Cari salah orang lain

Bukan itu sahaja, di story berikutnya, Rita turut menyalahkan Aliff Aziz atas perbuatan tidak mahu melepaskan Bella. Menurutnya, hal tersebut dilakukan agar orang ramai mempunyai fokus lain dan tidak melihat kesalahan di pihaknya sahaja.

Beginilah, dah dia buat salah, dia akan pusing keliling nak cari salah orang lain untuk tarik orang, supaya fokus pada benda baru.

 

Ini ciri-ciri orang ‘sakit’. Yang kesalahan dia, dia taknak ulas sikit pun.

ritaSumber : Instagram  
rita Sumber : Instagram  

Terdahulu, Bella dan Aliff telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah atas tujuan perbicaraan kes cerai mereka namun tidak disangka, Aliff memilih untuk memperjuangkan rumah tangganya bersama Bella dan tidak mahu bercerai.

aliff aziz
20 hours ago

Enggan Ceraikan, Netizen Dakwa Aliff Aziz Sengaja Mahu Seksa Mental Bella - "Dah Takde Hati Tu Lepaskan Jela"

The post “Dia Akan Pusing Keliling Cari Salah Orang..” – Pernah Dilanda Nasib Sama, Rita Rudaini Dakwa Aliff Aziz Main ‘Game’ Tak Mahu Cerai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments