Satu lagi kes penderaan kanak-kanak berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai berlaku di sebuah taska yang berlokasi di Batu Caves, Gombak.
Perbuatan kejam itu terbongkar apabila seorang wanita dilihat berulang kali menampar dan menekup muka bayi malang itu dengan kain sebelum meninggalkannya dalam keadaan menangis.
Video saat penderaan itu dilakukan kemudian menjadi tular di media sosial sekaligus menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berharap agar si pelaku segera ditangkap dan pusat jagaan berkenaan ditutup dengan segera.
Perkembangan terbaru, si pelaku telah pun ditahan setelah ibu mangsa membuat laporan polis pada 21 Mei lalu.
UPDATE
Pengasuh usia 23 sudah ditahan selepas laporan polis dibuat ibu mangsa pada 21 Mei lepas.
Wanita itu juga sudah didakwa di mahkamah pada 30 Mei lepas dan mengaku salah serta didenda RM10,000 dan bon berkelakuan baik 3 tahun -KPD Gombak https://t.co/vSlLIpiUIU pic.twitter.com/pJdqqpZxsP
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) June 2, 2023
Wanita berusia 23 tahun itu juga telah didakwa di mahkamah pada 30 Mei sebelum dijatuhkan hukuman denda RM10,000 dan bon berkelakuan baik selama 3 tahun.
The post Tak Sanggup Nak Tengok Video, Lagi Pengasuh ‘Syaitan’ Dera Bayi – “Muka Dilempang & Ditekup Berkali-Kali” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments