#Hiburan: Rai Lebaran Seorang Diri, Zynakal Kali Pertama Beraya Tanpa Ibu Di Sisi

Aidilfitri tahun ini menjadi sambutan yang cukup berbeza buat penyanyi Zynakal apabila dia meraikannya bersendirian tanpa kehadiran ibu disisi.

Terdahulu, ibu Zynakal, Allahyarhamah Zuraidah Ibrahim telah menghadap Illahi pada September tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by ZYN AKAL (@zynakal)

Penyanyi lagu Sakit bersama Yonniboy ini yang ditemui sebuah media mengakui hari raya yang disambut pada tahun ini tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Tahun ini Aidilfitri saya tak sama seperti sebelum ini kerana saya raikannya tanpa kehadiran ibu. Saya pun seorang diri…”

Dalam pada itu, Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli,22, juga berkata bahawa dia sangat merindukan kampung halaman di Taiping, Perak setelah hampir dua tahun tidak pulang.

View this post on Instagram

A post shared by ZYN AKAL (@zynakal)

Advertisement

View this post on Instagram

A post shared by ZYN AKAL (@zynakal)

Perkembangan terkini, anak saudara kepada penyanyi lagenda Zamani ini difahamkan dalam proses untuk menyiapkan album terbaru di mana sudah hampir 70 peratus siap.

Khabarnya, album yang belum didedahkan tajuk itu bakal memuatkan 12 lagu termasuk 2 lagu terdahulu nyanyian Zynakal.

The post Rai Lebaran Seorang Diri, Zynakal Kali Pertama Beraya Tanpa Ibu Di Sisi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments