Walaupun sudah berpisah, Norman Hakim dan Abby Abadi dilihat masih mengekalkan hubungan erat demi anak-anak. Malah, kemesraaan yang terjalin di antara Memey Suhaiza dan Abby itu sudah dianggap seperti adik beradik. Bukan sahaja bercuti bersama, sifat sehati sejiwa mereka jelas apabila mengambil keputusan cat kereta masing-masing dengan warna yang sama.
BACA: Sehati Sejiwa, Abby Abadi Dan Memey Suhaiza Cat Kereta Dengan Warna Yang Sama, Cantik Betul!
Terbaru, netizen meluahkan rasa terharu melihat anak sulung mereka, Mohamed Danish Hakim bersalaman bersama ahli keluarga meminta restu untuk menduduki peperiksaan. Dia dengan penuh rasa hormat, mencium tangan dan memeluk kedua keluarga.
View this post on Instagram
Abang @danishhakimofficial dah nak start exam SPM. Cabaran besar untuk semua anak-anak yang nak ambik exam sama baya dengan Danish. Dari tahun lepas dengan situasi pembelajaran norma baru. Sampai waktunya juga untuk exam. Semoga dipermudahkan segala urusan mu anak. Kami tau abang dah usaha sebaik mungkin.
Semoga diterangi hati untuk jawab segalanya dengan mudah & tenang. Doa mama @abby_abadi112 abah @jaiezzany, mummy & papa @normanhakim_786 akan selalu mengiringimu anak. Buat yang terbaik. We love u. All the best untuk anak-anak yang nak ambik SPM juga ye.
Semoga berjaya dunia akhirat. Jangan lupa minta ampun maaf pada semua, pada guru-guru. Mintak halalkan segala ilmu, doa, & usaha buat yang terbaik. Semoga semuanya dipermudahkan.
Menerusi satu posting di Instagram, Memey Suhaiza mendoakan semoga urusan anak untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipermudahkan. Dia turut mengakui, pembelajaran secara norma baharu merupakan satu cabaran besar buat calon-calon terlibat.
The post ‘Bestnya Macam Ni’ – Salam Minta Restu Untuk Exam, Ramai Terharu Lihat Keluarga Besar Abby Abadi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments