Setelah digantung tugas, pelawak dan penyampai radio Hot FM Mohamad Shukri Mohamed Sahar atau lebih dikenali dengan panggilan Shuk berakhir dengan penamatan kontrak berkuat kuasa serta merta.
Penamatan kontrak ini disahkan oleh Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim selepas melihat hasil siasatan dalaman di mana kontroversi yang dihadapi Shuk telah melanggar kontrak perkhidmatan yang dipersetujui.
Siasatan dalaman mendapati berlakunya pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk seperti yang sudah dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan sebagai penyampai radio Hot FM. Shuk juga sudah dimaklumkan mengenai hal ini.
Khidmat Shuk sebelum ini digantung buat sementara untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman yang terperinci terhadap isu kontroversi membabitkannya yang tular di media sosial. – Katanya kepada Harian Metro.
Dengan pengguguran Shuk, pihak pengurusan juga memaklumkan telah merancang untuk membuat perubahan iaitu dengan gandingkan Fizie bersama penyampai baharu Hot FM, Mark Adam.
Diharapkan semoga Shuk mengambil pengajaran ini untuk jadi lebih baik. Buat Mark Adam, semoga dipermudahkan urusan hiburkan kami di radio pula.
The post Pihak Pengurusan Hot FM Tamatkan Kontrak Shuk Hari Ini first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments