#Hiburan: Resipi Nasi Ayam Milik Alif Satar ‘Tembus’ Pasaraya Tempatan,-“Teruja Dapat Tolong Orang, Beli Sambil Menderma..”

Personaliti TV dan juga penyanyi, Alif Satar meluahkan rasa keterujaan apabila berpeluang bekerjasama dengan AEON Malaysia dalam usaha untuk membantu golongan yang terkesan dengan wabak pandemik COVID-19 menerusi sebuah kempen Beli dan Derma Nasi Ayam ‘Sambado’ (Nasi Ayam Sambal Sado).

Alif SatarSumber : Instagram AEON  

Yang lebih menarik perhatian, Nasi Ayam Sambado itu difahamkan diilhamkan daripada resipinya sendiri dan akan menjadi menu terbaru di cawangan pasaraya syarikat itu seperti AEON GMS, AEON BiG dan AEON MaxValu.

Advertisement

Menurut Alif lagi, nasi ayam tersebut akan dijual di semua cawangan AEON dengan menggunakan konsep Cloud Kitchen dan mengamalkan etika membeli sambil menderma.

View this post on Instagram

A post shared by Alif Satar®? (@alifsatar)

“Resipi Nasi Ayam Sambado ini merupakan hasil inspirasi saya sendiri selepas bertemu seorang makcik yang menjual nasi sambal yang saya panggil Mama K. Bermula daripada situlah timbul idea nak pasarkan nasi istimewa ini secara lebih meluas. Alhamdullilah, peluang diberikan oleh AEON menjadikan Nasi Ayam Sambal Sado ini menu terbaru yang akan dijual di semua cawangan AEON menerusi konsep Cloud Kitchen.”

Penyanyi lagu Jangan Nakal ini ditemui ketika sidang media dan pelancaran Sambado yang diadakan secara dalam talian, baru-baru ini. Turut menyertai sidan media itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif AEON, Shafie Shamsuddin dan Ketua Bahagian Pemakanan AEON, Azidah Alimuddin.

Advertisement

Menerusi sidang media itu, dilaporkan setiap pembelian 10 paket Nasi Ayam Sambado, pelanggan akan mendapat 1 paket secara percuma. Difahamkan juga, pihak syarikat rangkaian pasaraya terkemuka itu juga menyasarkan penjualan 20,000 paket Nasi Ayam Sambado pada setiap hari di seluruh negara.

Manakala bagi konsep Cloud Kitchen, AEON akan menyediakan ruang dapur, tenaga kerja dan kepakaran buat peniaga manakala produk yang dihasilkan akan dijual menerusi aplikasi AEON MAKAN.

Ianya sudah boleh didapati menerusi aplikasi khidmat penghantaran AEON MAKAN serta laman sesawangnya pada harga RM8.90 sepeket sejak 10 Februari yang lalu.

The post Resipi Nasi Ayam Milik Alif Satar ‘Tembus’ Pasaraya Tempatan,-“Teruja Dapat Tolong Orang, Beli Sambil Menderma..” first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments