Isu pembahagian harta pusaka kembali menjadi perbualan hangat selepas satu perkongsian di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menerusi perkongsian di Threads, seorang wanita mendedahkan situasi dalam keluarganya apabila suaminya dikatakan kurang berpuas hati dengan sikap balu kepada arwah adiknya.
Menurut wanita itu, suaminya berasa pelik apabila balu tersebut masih belum mengambil sebarang tindakan berkaitan faraid walaupun sudah tiga bulan pemergian arwah.

Keadaan itu membuatkan suaminya merasakan dia berhak menuntut bahagian faraid sebagai waris lelaki, memandangkan dia dan arwah merupakan adik-beradik sebapa.
Tambah wanita tersebut, arwah didakwa memiliki beberapa aset bernilai termasuk rumah dan kenderaan.
“Walaupun bukan seibu tapi suami aku dengan arwah sebapa dan suami aku lelaki. Adik dia berharta, Rumah, kereta, motor, ni yang nampak di mata kasar. Yang tak nampak KWSP, tabung haji mesti banyak.”
Difahamkan, sepanjang perkahwinan, arwah merupakan individu yang bekerja manakala isterinya berhenti kerja selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga.
Perkongsian itu kemudian mengundang pelbagai pandangan netizen. Rata-ratanya mengkritik tindakan mahu menuntut harta terlalu awal, lebih-lebih lagi ketika balu masih berada dalam tempoh berkabung.
Malah, ada juga yang menasihatkan agar urusan pusaka diselesaikan dengan cara baik, mengikut saluran yang betul dan tidak membelakangkan perasaan keluarga arwah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Tuntut Faraid Lepas 3 Bulan Adik Ipar Meninggal, Biras Tak Puas Hati Balu ‘Membisu’ – “Dia Dapat 1/4 Bahagian Je, Suami Dapat Banyak” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 Comments