#Hiburan: “Aku Tak Halalkan Cukai Aku Sara B40 Yang Malas!” – Isu Subsidi Untuk T20 Ditarik Balik Cetus Perdebatan Netizen

Isu pemberian subsidi bersasar kepada golongan T20 terus menjadi perdebatan hangat di media sosial apabila ramai mula mempersoalkan tindakan kerajaan yang dilihat semakin mengehadkan bantuan kepada kumpulan tersebut.

Bagi segelintir netizen, golongan T20 juga merupakan rakyat Malaysia yang membayar cukai dan sepatutnya tidak terus diketepikan daripada kemudahan atau bantuan tertentu hanya kerana berada dalam kategori pendapatan tinggi.

Advertisement

Malah, ada yang berpendapat tidak semua T20 hidup mewah dengan gaji puluhan ribu ringgit atau mempunyai tanggungan yang sedikit. Sebaliknya, ada juga dalam kalangan mereka yang berdepan tekanan kos sara hidup, komitmen keluarga dan tanggungan bulanan yang tinggi.

ds

Perdebatan itu menjadi lebih panas apabila ada netizen membandingkan situasi tersebut dengan pelbagai bantuan yang sudah diterima golongan B40, termasuk bantuan tunai, pendidikan dan kemudahan lain.

Ada juga yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana mendakwa golongan T20 sering dipandang serba salah, sama ada dalam isu subsidi, kemasukan ke institusi tertentu, biasiswa mahupun penggunaan hospital kerajaan.

Seorang pengguna media sosial turut meluahkan rasa kecewa apabila merasakan cukai yang dibayar sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara seperti infrastruktur, sekolah dan hospital, bukannya sekadar menampung bantuan sara hidup.

Dalam masa sama, ada juga yang membangkitkan isu ‘perangkap kebajikan’ atau welfare trap, apabila bantuan yang terlalu banyak dikatakan boleh menyebabkan sesetengah pihak terlalu selesa berada dalam kategori penerima bantuan.

d

Bagaimanapun, isu ini turut mencetuskan pelbagai reaksi berbeza. Ada yang bersetuju bantuan perlu lebih bersasar kepada golongan benar-benar memerlukan seperti asnaf, OKU, pesakit kronik atau mereka yang kehilangan pekerjaan.

Namun, ada juga yang berpendapat kerajaan tetap perlu memastikan dasar subsidi tidak menekan mana-mana kumpulan rakyat, termasuk M40 dan T20 yang turut menyumbang kepada ekonomi negara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

parapl
2026-05-11 14:31:21

Bekas Atlet Paralimpik Koh Lee Peng Dilihat Meraung, Netizen Dakwa Kerusi Roda Rosak Jadi Punca

The post “Aku Tak Halalkan Cukai Aku Sara B40 Yang Malas!” – Isu Subsidi Untuk T20 Ditarik Balik Cetus Perdebatan Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments