#Hiburan: “Kau Punca Aku Jerit…” – Video Viral Nampak Kelibat ‘Sama’ Banyak Kali Bikin Ramai Terkejut

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai satu hantaran video rakaman dashcam memaparkan pengalaman seram seorang pemandu yang melalui sebuah jalan sunyi dan gelap-gelita pada jam 1.38 pagi. 

Dalam video tersebut, kelihatan kelibat seorang pejalan kaki yang sama muncul berulang kali di sepanjang laluan pemandu berkenaan. 

Advertisement

Disebabkan rasa aneh dan ingin tahu, pemandu tersebut membuat keputusan berani untuk berhenti di bahu jalan untuk memeriksa keadaan ‘pejalan kaki’ tersebut, namun kesudahannya membuatkan ramai orang terkejut!

“Kenapa Kau Berhenti Bang” – Netizen

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut apabila melihat video tersebut, lagi-lagi mereka yang menonton pada waktu malam. 

Terdapat juga netizen yang mempersoalkan tindakan berani pemandu tersebut yang dianggap sengaja menempah bahaya. 

Video pendek berdurasi 51 saat itu berjaya meraih 1 juta tontonan, menarik lebih ramai orang menonton rakaman tersebut. Kalau anda belum tonton lagi, kami kepilkan video tersebut di bawah. Tapi, pastikan anda tidak menonton berseorangan.  

Plot Twist, Muncul Sebagai “Penumpang”, Rupa-Rupanya…

Haa, terkejutkan? Jujur cakap, masa pertama kali kami tonton video ni memang luruh jantung terus, terkejut dibuatnya!

Tapi, tahu tak sebenarnya video yang menggegar media sosial ini adalah sebahagian daripada gimik pemasaran kreatif untuk mempromosikan filem seram antarabangsa terbaru, Passenger yang baru saja ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. 

Sekadar info, Passenger adalah sebuah filem seram arahan André Øvredal yang mengisahkan tentang sepasang kekasih muda sedang mengembara menaiki sebuah van menyaksikan satu kemalangan lebuh raya yang ngeri. 

Selepas meninggalkan tempat kejadian, mereka menyedari bahawa satu entiti jahat yang bergelar “The Passenger”, telah mengekori mereka. 

Makhluk tersebut memburu mereka tanpa henti ke mana saja mereka pergi, lalu mengubah perjalanan santai mereka menjadi sebuah mimpi ngeri.

Daripada rasa seram tonton video dashcam tu, apa kata anda ‘level up’ pengalaman dengan menonton filem Passenger sekarang di pawagam berdekatan.

The post “Kau Punca Aku Jerit…” – Video Viral Nampak Kelibat ‘Sama’ Banyak Kali Bikin Ramai Terkejut first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments