Kecoh di media sosial baru-baru ini selepas penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan berkongsi pengalaman pahit pernah dikasari oleh bekas kekasihnya.
Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy mendedahkan tanpa berselindung bahawa dia pernah dipukul di khalayak ramai ketika masih bersama individu tersebut.
Pada awalnya, ramai menyangka perkongsian itu sekadar konten gurauan. Namun, rupanya ia merupakan kisah benar yang pernah dilalui pelantun lagu Semua Sudah itu.
“Dia pernah tampar saya di pusat beli-belah depan orang hanya sebab saya ‘humming’ lagu penyanyi lain yang dia tak suka,”
Perkara itu didedahkan Lizzy ketika menjawab soalan peminat mengenai pengalaman paling menyakitkan bersama bekas pasangan.
Pendedahan tersebut nyata mengejutkan ramai, apatah lagi melibatkan perbuatan seorang lelaki yang tergamak mengangkat tangan terhadap wanita.
Mujurlah, Lizzy kini sudah menemui kebahagiaan bersama suami tercinta yang sangat menyayanginya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Dia Tampar Saya Depan Orang Ramai” – Elizabeth Tan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 Comments