Sebelum ini, tular satu insiden melibatkan seorang penumpang dari tanah besar yang didakwa membuat kecoh sehingga mencuri perhatian ramai di media sosial.
Susulan kejadian itu, ramai netizen tertanya-tanya tentang sudut pandang seorang lelaki berbaju biru yang turut berada di lokasi kejadian.
Terbaru, seorang pengguna Threads dikenali sebagai @nrulfarain memaklumkan bahawa video daripada sudut pandang lelaki berbaju biru tersebut akhirnya telah dikongsikan.
“Weh korang ingt tak haritu viral passenger dari mainland buat kecoh??? And kita semua tggu brother baju biru tu punya POV?! Haaaa dah released woiii videonya! Hahahahaha”
Perkongsian itu membuatkan ramai netizen kembali mengimbas semula insiden tersebut, lebih-lebih lagi selepas sebelum ini mereka menantikan penjelasan atau rakaman daripada individu berkenaan.
Rata-rata pengguna media sosial dilihat terhibur dengan perkembangan terbaru itu kerana akhirnya dapat melihat kejadian tersebut daripada perspektif yang berbeza.
Bagaimanapun, setakat ini tidak dapat dipastikan secara terperinci punca sebenar kekecohan yang berlaku, namun video berkenaan terus menjadi perhatian ramai di Threads.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Mana Satu Giler?” – Video POV ‘Brother Baju Biru’ Akhirnya Dikeluarkan, Netizen Terhibur Imbas Insiden Penumpang China Buat Kecoh first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 Comments