Mahut atau gembala gajah dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Suhaimi Ibrahim tampil menafikan dakwaan bahawa tiga gajah Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat berada dalam keadaan tidak sihat di Zoo Tennoji, Osaka, Jepun.
Menurut Suhaimi, 41, sepanjang sebulan ditugaskan menjaga ketiga-tiga gajah tersebut di sana, haiwan berkenaan berada dalam keadaan sihat, selesa dan menerima penjagaan yang baik.

“Selama sebulan saya bersama tiga gajah itu di Zoo Tennoji (Osaka, Jepun) haiwan berkenaan dalam keadaan cukup sihat serta selesa,” kata Suhaimi Ibrahim, 41.
Suhaimi yang bertugas di PKGK Kuala Gandah berkata, dia ditugaskan selama sebulan untuk mengawal Dara, Amoi dan Kelat, selain mengajar lapan mahut di zoo tersebut mengenai cara mengendalikan gajah berkenaan.
Bagaimanapun, dia mengakui kecewa apabila terdapat pihak yang mendakwa tiga gajah itu kini tidak sihat akibat stres dengan persekitaran baharu.
“Saya kecewa dan terkilan apabila ada pihak mendakwa Dara, Amoi dan Kelat yang berada di Zoo Tennoji kini dalam keadaan tidak sihat disebabkan stres dengan keadaan sekeliling yang berbeza,” katanya.
Jelas Suhaimi, sepanjang berada bersama Dara, Amoi dan Kelat, ketiga-tiga gajah tersebut berada dalam keadaan selesa dari segi penjagaan, makanan dan persekitaran. Malah, gajah-gajah itu juga semakin dapat menerima kehadiran mahut yang bertugas di Zoo Tennoji.
Zoo Tennoji Kongsi Foto Dara, Amoi Dan Kelat, Dakwa Tiga Gajah Malaysia Dalam Keadaan Baik
Katanya, sepanjang sebulan di sana, dia bersama dua lagi kakitangan PKGK bertanggungjawab menjaga ketiga-tiga gajah itu termasuk membantu menyediakan makanan seperti buah-buahan, pelet, buluh, rumput segar dan rumput kering. Setiap hari, kira-kira 100 kilogram makanan disediakan untuk gajah-gajah tersebut.
“Hari ini ramai yang tidak percaya apa kita cakap, mereka lebih percaya cerita tidak benar yang tersebar luas menyebut Dara, Amoi dan Kelat tidak sihat sejak berada di Zoo Tennoji. Yang peliknya ramai yang mempercayai cerita viral tidak benar itu.”
“Lebih menyedihkan lagi mereka mendakwa saya dan dua lagi rakan bersekongkol menyebarkan cerita tidak benar keadaan tiga gajah kita itu. Banyak lagi tuduhan tidak berasas dilemparkan pada kami menerusi media sosial yang berbau fitnah.”
“Sebagai kakitangan awam kami menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dan setiap maklumat disampaikan semuanya benar, saya takut dengan dosa serta balasan Allah sekiranya apa yang sampaikan tidak benar,” katanya.
Selain Suhaimi, dua lagi kakitangan PKGK yang turut ditugaskan menjaga Dara, Amoi dan Kelat di Zoo Tennoji ialah Mohd Faizal Ahmad dan Ali Gadong daripada komuniti Orang Asli Che Wong. Mereka dilaporkan pulang ke tanah air dengan penerbangan jam 11 pagi waktu Jepun, semalam.
Suhaimi yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun sebagai mahut berkata, sebagai individu yang menjaga sendiri ketiga-tiga gajah itu selama sebulan, maklumat yang disampaikannya sepatutnya lebih dipercayai berbanding dakwaan netizen yang tidak pernah berada di Zoo Tennoji.
Menurutnya lagi, dakwaan tidak benar yang tular itu bukan sahaja memberi gambaran salah, malah boleh menjejaskan imej negara.
“Saya merayu pada masyarakat pencinta gajah jangan terlalu mudah percaya dengan berita dan cerita yang sama sekali tidak benar berkaitan gajah kita Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Zoo Tennoji. Percayalah haiwan berkenaan kini dalam keadaan sihat dan selesa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Mahut Nafi DAK Didera Di Zoo Tennoji – “Saya Tak Faham Ramai Yang Percaya Cerita & Info Yang Palsu” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 Comments