#Hiburan: Gigih Cari Rezeki, Amir Raja Lawak Jual Besi Buruk Sebagai Pendapatan Sampingan – “Selagi Ada Daya..”

Pelawak dan usahawan, Amir Raja Lawak meluahkan rasa kurang senang melihat sikap segelintir individu yang sering meminta bantuan sumbangan, namun tidak berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki.

Menerusi perkongsian di Facebook, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 37, berkata dia sendiri melakukan pelbagai pekerjaan bagi menambah sumber pendapatan, termasuk menjual barangan kitar semula.

Advertisement

Dalam hantaran sama, Amir menegur individu yang hanya bergantung kepada pemberian orang lain tanpa cuba mencari wang tambahan.

“Cari duit tepi, jual barang dekat besi buruk Alhamdulillah dapat RM18. Yang selalu masuk mesej minta sumbangan nak beli susu anak, suami tidak boleh pergi kerja sebab motor rosak tu, tak cuba ke kutip tin, kotak, cari besi untuk jual?”

Menurut Amir, setiap individu seharusnya berusaha mencari rezeki selagi masih mempunyai kudrat, selain mengelakkan diri daripada terlalu bergantung kepada bantuan orang lain.

“Takkan lah malu cari rezeki cara macam ini, tapi tak segan mesej orang lain minta sumbangan nak beli susu anak sebab suami tidak boleh kerja alasan motor rosak.”

“Ya, betul struggle kita tak sama, tapi selagi ada daya, tak salahkan berusaha? Saya yang orang kenal ini pun berniaga air tepi jalan juga.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan yang disampaikan Amir.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

s
2026-05-12 15:52:11

Azmi Saat Kongsi Cara OKU Penglihatan Guna Telefon Pintar - "Apa Saja Yang Korang Tulis Saya Boleh Tahu"

The post Gigih Cari Rezeki, Amir Raja Lawak Jual Besi Buruk Sebagai Pendapatan Sampingan – “Selagi Ada Daya..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments