Seorang ibu tunggal dikenali sebagai Mama Imani meraih perhatian ramai di media sosial selepas ramai tersentuh melihat dirinya masih gigih melakukan siaran langsung demi mencari rezeki untuk anaknya yang menghidap hydrocephalus.
Menerusi perkongsian tular di Threads, netizen meluahkan rasa sayu apabila terdengar tangisan bayi ketika Mama Imani sedang membuat live menjual produk affiliate sekitar jam 10 malam.

“10.46pm, live Mama Imani lalu, dengar baby nangis, rasa sayu jeee.. Korang pergi la beli perfume akak ni.. tq korang yang share.”
Difahamkan, wanita tersebut kini bergelar ibu tunggal selepas bercerai dan meneruskan kehidupan dengan melakukan jualan affiliate di media sosial bagi menyara anaknya.

Perkongsian itu turut mengundang rasa simpati orang ramai selepas mengetahui anaknya menghidap hydrocephalus, iaitu keadaan pengumpulan cecair dalam otak yang memerlukan perhatian dan penjagaan rapi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan sokongan selain mengajak orang ramai membantu dengan membeli produk jualannya atau sekurang-kurangnya berkongsi siaran tersebut.
Malah, ada juga yang mendoakan agar urusan ibu tunggal berkenaan dipermudahkan dan anaknya diberikan kesembuhan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Diceraikan Suami, Ibu Tunggal Gigih ‘Live’ Jual Barang Sambil Dukung Anak Hidap Hydrocephalus first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 Comments