Kakak kepada mangsa pembunuhan tragis di Cherating, Kuantan, Pahang tampil merayu pengguna media sosial agar menurunkan hantaran yang disifatkan boleh mengganggu privasi serta membuka aib keluarga mereka.
Menerusi perkongsian di Threads, seorang wanita menggunakan nama n.zahidah7 yang mengaku sebagai kakak kepada mangsa meminta orang ramai menghentikan spekulasi berkaitan tragedi lima sekeluarga yang berlaku pada Selasa lalu.

“Saya adalah kakak kepada tragedi lima beranak. Saya berharap dan merayu agar warga Threads turunkan posting (hantaran) yang boleh mengganggu privasi dan aib keluarga kami.”
“Jangan buat andaian sebab kita bukan di dalam kasut mereka,” tulis wanita itu.
Menurutnya, hanya individu yang terlibat sahaja mengetahui punca sebenar kejadian melibatkan lima sekeluarga terdiri daripada suspek, isteri, dua anak perempuan serta ibu suspek.
“Hanya mereka sahaja yang tahu kenapa tragedi ini berlaku. Mohon sedekahkan al-Fatihah untuk arwah,” katanya.
Wanita itu turut memohon agar orang ramai mendoakannya supaya diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian berat tersebut.
“Hanya kepada Allah saya berserah diri,” ujarnya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi kelmarin, lima sekeluarga ditemukan maut di sebuah rumah di Perumahan Cerating Damai. Siasatan awal mendapati lelaki berusia 32 tahun dipercayai menikam isteri, ibu dan dua anak perempuannya sebelum bertindak menikam diri sendiri.
Mayat suspek bersama isteri serta dua anak ditemui di dalam bilik, manakala ibunya dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa di bahagian dapur. – KOSMO
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Kakak Mangsa Bun*h 5 Sekeluarga Di Cherating Akhirnya Bersuara -“Saya Berharap Dan Merayu…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments