Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menolak cadangan segelintir pengguna media sosial di platform Threads yang mencadangkan pelanggan perlu mempamerkan kad pengenalan (IC) sebelum dibenarkan masuk ke restorannya, Rembayung.
Usahawan yang mesra disapa sebagai KA itu menjelaskan bahawa sebagai sebuah kedai makan, tiada keperluan undang-undang untuk mengumpul atau merekod nombor kad pengenalan pelanggan kerana ia melibatkan data peribadi yang sangat sensitif.
“Sebagai kedai makan, tak ada keperluan undang-undang yang membolehkan saya collect nombor IC sebab itu data peribadi customer yang sangat sensitif di bawah Personal Data Protection Act (PDPA),” jelasnya.
Menurut KA, pengumpulan atau perekodan nombor kad pengenalan bukan sahaja sensitif, malah tidak relevan dengan operasi perniagaan makanannya, sekali gus tidak wajar dijadikan syarat kemasukan ke restoran.

Penjelasan itu menerima pelbagai reaksi daripada warga maya, dengan ramai memuji cara beliau menjawab cadangan berkenaan secara berfakta dan berpengetahuan.
“KA tahu pasal PDPA. KA ni memang level lain dah weh. Tak semua orang tahu pasal PDPA”
“Tengok cara KA jawab. Cara orang educated tu lain ye. Sekali akta dia sebut,” komen pengguna lain.
Pendekatan tenang dan berasaskan pengetahuan undang-undang itu sekali lagi mengukuhkan imej Khairul Aming sebagai usahawan yang bukan sahaja berjaya, malah cakna terhadap isu perlindungan data dan hak pengguna.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Disaran Pakai IC Untuk Elakkan ‘Scalper’ Rembayung, Jawapan Khairulaming Buat Ramai Terfikir – “Tak Semua Tahu..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments