Perkembangan terbaharu mengenai anak kepada pelakon Amyza Aznan terus mengundang perhatian ramai apabila aktres itu memaklumkan keadaan kesihatan Andre Mikhail semakin lemah.
Menerusi beberapa hantaran di InstaStory, Amyza memohon orang ramai agar terus mendoakan anaknya yang kini berada dalam keadaan lemah. Difahamkan, pihak doktor juga meminta ahli keluarga untuk bersiap siaga susulan keadaan kesihatan Andre yang semakin membimbangkan.
Dalam perkongsian terdahulu, Amyza menjelaskan prosedur yang dilakukan hanyalah untuk membuang air di paru-paru kanan dan bukan melibatkan pembuangan tumor. Namun, pemeriksaan lanjut mendapati saiz tumor semakin membesar sehingga menyebabkan paru-paru kanan ‘collapse’.

Terbaharu, Amyza dilaporkan mengambil keputusan untuk mengeluarkan Andre dari hospital. Beliau turut memohon bantuan orang ramai untuk mendoakan kesembuhan anaknya serta mencari ikhtiar rawatan alternatif termasuk kaedah jarak jauh.
Perkongsian tersebut mengundang rasa simpati netizen yang rata-rata membanjiri ruangan komen dengan doa dan kata-kata semangat buat Amyza sekeluarga. Orang ramai turut berharap agar Andre diberikan kekuatan serta keajaiban dalam menghadapi ujian berat ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Doktor Suruh Keluarga ‘Standby’, Tolong Saya..” – Amyza Adnan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments