#Hiburan: “Penyondol Semuanya B*doooh” – Sharifah Sakinah Cipta Lagu Buat Perampas Suami Orang Cuit Hati Netizen

Pelakon sensasi Sharifah Sakinah sekali lagi mencetuskan perhatian warganet selepas memuat naik satu hantaran di Threads yang menyentuh isu “penyondol”, sehingga mengundang pelbagai reaksi dan perbincangan hangat dalam kalangan pengikutnya.

Menerusi hantaran tersebut, Sakinah dilihat melontarkan kenyataan ringkas namun sinis berkaitan topik berkenaan, yang pantas dikaitkan netizen dengan lagu pendek atau nyanyian spontan yang turut menyebut frasa kontroversi tentang penyondol.

Advertisement

Nada penyampaiannya yang berterus terang membuatkan ramai pengguna media sosial memberi respon pelbagai , ada yang terhibur, ada juga yang menganggapnya sebagai sindiran terbuka.

Ruangan komen turut dibanjiri reaksi warganet yang mengakui “puas” mendengar ungkapan tersebut disebut secara lantang. Antara komen yang mencuri perhatian termasuklah.

“Hahahahha puas la aku dengar dia sebut PENYONDOL SEMUANYA BODOH”

“Puasnya dengar ‘PENYONDOL SEMUANYA BODOHHHHH’ 🙃

Seperti kebiasaan, gaya spontan dan bersahaja Sakinah terus menjadi bahan bualan serta tular di platform sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mimie haris
2026-02-12 15:05:05

Penyanyi Dan Pengacara Mimie Haris Umum Bercerai Kali Ketiga - "Tiada Lagi Yang Perlu Diperkatakan"

The post “Penyondol Semuanya B*doooh” – Sharifah Sakinah Cipta Lagu Buat Perampas Suami Orang Cuit Hati Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments