Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mengenang pengalaman dilayan seperti orang gaji oleh keluarga mentua selepas suaminya meninggal dunia.
Menerusi perkongsian di Threads oleh pengguna dikenali sebagai cik_siti_husin, wanita tersebut mendedahkan sudah dua tahun berlalu sejak dia dihalau keluar dari rumah mentua. Namun setiap kali tiba bulan Ramadan, kenangan lama kembali bermain di fikirannya.
Menurutnya, sepanjang tempoh itu dia terpaksa bangun seawal jam 3 pagi seorang diri untuk menyediakan sahur mengikut ‘standard’ keluarga mentua.

“Bangun sorang jam 3pg utk siapkan sahur. Demand nak makan nasi panas yg berwap, ikan goreng suam², air teh O suam, sayur semua dia nak masak pagi tu jg. Siap dgn buah potong.”
Tambahnya, tiada seorang pun yang membantu walaupun adik-beradik ipar pulang ke rumah. Semua hanya bangun untuk makan tanpa menghulurkan bantuan.
Dia turut mendakwa perlu menyediakan air basuh tangan dan melayan permintaan tidak munasabah, termasuk ketika waktu lewat malam.
“Bayangkan jam 12mlm, aku dah lena tido… Pak mertua ketuk bilik suruh buat air teh O hahaha, sediakan jajan stok dia tgk bola.”
Wanita itu mengakui pernah melakukan tindakan keterlaluan kerana terlalu geram dengan layanan yang diterima.

“Padan dah la aku bagi air jamban letak dlm air teh O.”
Menurutnya lagi, selain terpaksa menguruskan empat anak, dia juga perlu bekerja dan menguruskan perniagaan arwah suami seorang diri. Dalam masa sama, kos perbelanjaan rumah termasuk bil elektrik dan duit lauk turut meningkat setiap kali keluarga mentua datang.
“Biasa berlima bil api RM200, mertua balik jd RM300++, keturunan dia balik RM700++.”
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasibnya dan berpendapat tiada siapa wajar diperlakukan sebegitu, apatah lagi ketika sedang berdepan kehilangan suami.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Dilayan Buruk Oleh Mentua Selepas Suami Meninggal, Wanita Bancuh Air Teh O Guna Air Jamban – “Padanlah…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments