#Hiburan: Netizen Kecam Rashidi Ishak, Isu Watak Acu Tiada Dalam Musim Baharu Keluarga Iskandar – “Jangan Ingat Sebab Bini Pengarah Boleh Suka Hati..”

Nama pelakon senior Rashidi Ishak menjadi bualan hangat di media sosial selepas kenyataannya yang didakwa menyindir pelakon tempatan berkaitan isu bayaran tinggi dalam penerbitan drama tempatan.

Perkara itu tercetus susulan penjelasan daripada pelakon Hiera Hassan, yang terkenal dengan watak Acu dalam drama bersiri Keluarga Iskandar, berhubung ketiadaan wataknya dalam musim terbaharu siri berkenaan.

Advertisement

Penjelasan tersebut mengundang pelbagai reaksi, termasuk pandangan bahawa isu sebegitu seharusnya diselesaikan secara perbincangan dua hala dan bukannya melalui sindiran terbuka di media sosial.

Sebahagian netizen mengakui kenyataan Rashidi ada asas logik dari sudut industri dan kos penerbitan. Namun, ramai berpandangan pendekatan sindir-menyindir di platform awam dianggap tidak profesional, apatah lagi datang daripada seorang pelakon senior.

acu keluarga iskandar

Malah, ada juga warganet berpendapat Rashidi tidak sepatutnya mengulas secara terbuka mengenai produksi yang tidak melibatkan dirinya secara langsung.

Isu turut menjadi lebih sensitif apabila netizen mengaitkan status isterinya yang juga merupakan penerbit dan pengarah, dan mendakwa perkara itu seolah-olah memberi ruang kepadanya untuk bersuara sesuka hati.

Dalam masa sama, peminat setia Keluarga Iskandar menegaskan bahawa watak Acu mempunyai impak besar dalam menghidupkan dinamika keluarga dalam drama tersebut.

keluarga iskandar

Menurut mereka, watak itu antara elemen utama yang menyumbang kepada kekuatan penceritaan, dan bayaran yang lebih tinggi dianggap setimpal dengan sumbangan karakter berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lan pet pet fa
2026-02-09 11:07:17

Netizen Gesa Dibuang Dari Jadi Duta Jakel, Lan Pet Pet Buat Permohonan Maaf Gara-Gara Lawak Tidak Senonoh

The post Netizen Kecam Rashidi Ishak, Isu Watak Acu Tiada Dalam Musim Baharu Keluarga Iskandar – “Jangan Ingat Sebab Bini Pengarah Boleh Suka Hati..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments