#Hiburan: Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei Disahkan Meninggal Dunia – Media Rasmi Iran

Beberapa laporan media tempatan mendakwa Ayatollah Ali Khamenei, Pemimpin Tertinggi Iran, telah meninggal dunia awal pagi Ahad.

Menurut saluran penyiaran rasmi negara, Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB), “Pemimpin Tertinggi Iran telah syahid”, sekali gus mengesahkan dakwaan yang sebelum ini turut disuarakan oleh pegawai dari Amerika Syarikat dan Israel berhubung satu serangan bersama ke atas Iran.

Advertisement

buletin ayatollah khamenei maut

Dakwaan itu timbul selepas pihak di Washington dan Tel Aviv menyatakan Khamenei terbunuh dalam serangan tersebut, namun sebelum ini pihak berkuasa Iran menafikannya dan menyifatkan ia sebagai sebahagian daripada “perang psikologi”.

Setakat ini, tiada butiran rasmi diumumkan berhubung punca sebenar kematian atau pengganti Khamenei. Perkembangan ini, jika disahkan secara muktamad oleh kerajaan Iran, dijangka memberi impak besar terhadap landskap politik dan keselamatan di Asia Barat.

Bagaimanapun, orang ramai disarankan menunggu pengesahan rasmi lanjut daripada pihak berkuasa Iran susulan laporan yang masih berkembang ini. – Buletin TV3

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sprm buru
2026-02-27 16:49:27

Empat Anak Tun Daim Jadi Buruan SPRM

The post Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei Disahkan Meninggal Dunia – Media Rasmi Iran first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments