Perkongsian lama di Threads milik isteri dalam kes tragis bunuh satu keluarga di Cherating, Pahang kembali tular dan mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.
Hantaran tersebut kini dikaitkan semula dengan insiden menyayat hati yang mengorbankan satu keluarga yang terdiri daripada isteri, ibu dan dua anak di mana dibunuh kejam oleh suami kepada wanita itu dalam kejadian di Pahang.

Di ruangan komen media sosial, ramai meluahkan rasa sedih selepas meneliti kembali perkongsian terdahulu wanita berkenaan. Seorang pengguna, @syitaritory, turut berkongsi rasa pilu melihat interaksi mangsa di media sosial.
“Baca replies thread isteri mangsa bunuh kt Cherating, rasa sayu hati. Replies normal wanita, share itu ini. Komen cerita terpaksa jual cincin kahwin & tunang utk kelangsungan hidup. Kat FB ada share ttg daftar anak Tahun 1.”
“Ig mangsa & suami, nmpk normal. Tapi tula, kita tak tahu rumah tangga org. Nmpk ok, hakikatnya, suami isteri je tahu.”
“Pengurus jenazah share, semua maut kesan tikaman kt leher. Sii suami masa ditemui, dlm keadaan peluk anak bongsu di riba”
Terdahulu, media melaporkan terdapat satu kes bunuh melibatkan satu keluarga di Cherating. Perkongsian demi perkongsian di media sosial suami dan isteri berkenaan kini menjadi tumpuan ramai, sekali gus mengingatkan bahawa tidak semua yang kelihatan normal di luar mencerminkan realiti sebenar dalam rumah tangga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Tiba-Tiba Nampak Lembaga..” – Netizen Terjumpa Akaun Media Sosial Isteri Mangsa Bun*h Di Cherating, Hantaran Undang Sebak Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments