Pelakon terkenal, Que Haidar, mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet selepas mengeluarkan kenyataan mengenai seorang usahawan dan aktres popular ketika bersiaran langsung di TikTok.
Dalam sesi siaran langsung tersebut, Que dilihat menjawab komen pengikut yang seolah-olah mengusiknya mengenai soal pemberian emas kepada aktres itu. Menurut Que, perkara berkaitan jodoh bukan sesuatu yang boleh dipastikan dan dia tidak mahu membuat andaian terlalu awal.
“Kenapa saya kena beli untuk dia? Saya beli untuk bakal isteri saya dan kita tak tahu siapa bakal isteri sebenar saya. Entah-entah yang kat komen ini. Korang ni menekan betul,” ujarnya bersahaja.
Tambahnya lagi, dia kurang selesa apabila ada pihak yang cuba menentukan hala tuju kehidupan peribadinya. Bagi Que, soal jodoh adalah urusan Tuhan dan dia memilih untuk menyerahkan perkara tersebut sepenuhnya kepada-Nya.
“Kadang saya tak suka orang mengatur hidup saya. Saya menyerahkan segalanya pada Allah,” katanya lagi.
Kenyataan tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang beranggapan nada percakapan Que kedengaran seperti biasa dan tidak berniat serius, justeru merasakan isu itu tidak wajar diperbesarkan.
Namun begitu, terdapat juga segelintir warganet yang menasihatkan pelakon itu agar lebih berhati-hati dalam memberi respons, lebih-lebih lagi memandangkan tindakannya sebelum ini yang dilihat cukup romantik terhadap aktres itu.
Terdahulu, Que dan pelakon wanita berkenaan pernah bergandingan sebagai duta serta menghasilkan kandungan kreatif untuk sebuah jenama pakaian tempatan. Malah, Que juga pernah menghadiahkan jambangan bunga ros berwarna merah jambu kepada aktres itu sebagai tanda penghargaan kerana sudi menerima pelawaannya mengunjungi bazar Ramadan bersama.
Keserasian yang dipamerkan mereka berdua sebelum ini nyata menarik perhatian ramai, malah rata-rata peminat menyukai gandingan tersebut dan berharap hubungan yang terjalin akan berakhir dengan sesuatu yang lebih serius.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Korang Ni Menekan Betul, Saya Tak Suka Orang Mengatur Hidup Saya” – Que Haidar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments