Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, memulakan tindakan undang-undang susulan penerbitan laporan oleh Bloomberg yang didakwa mengandungi unsur fitnah serta menjejaskan reputasi beliau dan integriti institusi itu.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh firma guamannya, Tetuan Zain Megat & Murad, pihak tersebut memaklumkan telah diarahkan untuk mengambil tindakan sewajarnya berhubung penerbitan berkenaan, termasuk menuntut ganti rugi serta relief lain yang difikirkan sesuai.

“Laporan, cadangan dan sindiran yang terkandung dalam penerbitan itu berunsur fitnah, tidak bertanggungjawab dan amat mengelirukan, serta menyebabkan kemudaratan bukan sahaja terhadap anak guam kami secara peribadi, tetapi juga terhadap maruah, kredibiliti dan integriti institusi SPRM.”
“Azam tidak melanggar mana-mana undang-undang, peraturan atau keperluan perkhidmatan awam berhubung perkara yang dilaporkan. Pada setiap masa yang berkaitan, beliau telah mematuhi sepenuhnya semua kewajipan pengisytiharan aset yang dikenakan terhadap pegawai awam.”
“Sebarang pemerolehan dan pelupusan saham kemudiannya telah diisytiharkan dengan sewajarnya melalui saluran rasmi yang ditetapkan, termasuk Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS), selaras dengan keperluan Jabatan Perkhidmatan Awam,” menurut firma itu.
Menurut kenyataan sama, saham yang dirujuk dalam laporan tersebut telah dilupuskan sebelum artikel itu diterbitkan. Rekod pengisytiharan serta dokumen berkaitan juga wujud dan boleh disahkan melalui saluran rasmi.
Pegangan Saham Azam Baki Kembali Dipersoal, Laporan Dedah Miliki 17.7 Juta Saham Velocity Capital
“Anak guam kami kekal teguh dalam komitmennya terhadap integriti, akauntabiliti dan kedaulatan undang-undang dalam pelaksanaan tugas awamnya,” tambah kenyataan berkenaan.
Difahamkan, surat tuntutan (Letter of Demand) telah dihantar kepada pejabat Bloomberg di Amerika Syarikat dan juga di Malaysia sebagai langkah awal tindakan perundangan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Difitnah Dan Jejas Reputasi, Tan Sri Azam Baki Saman Bloomberg first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments