#Hiburan: Rakyat Malaysia Pecah Rekod Jual Domain AI.com Pada Harga RM276 Juta

Dunia teknologi Malaysia sekali lagi menjadi bualan apabila satu transaksi hartanah digital mencipta sejarah. Jika sebelum ini nilai jutaan ringgit sering dikaitkan dengan hartanah fizikal, kali ini sebuah nama domain pula mencuri tumpuan global.

Individu yang dikenali sebagai Arsyan Ismail, seorang usahawan teknologi tempatan, dilaporkan telah menjual nama domain AI.com pada harga luar biasa iaitu $70 juta (sekitar RM276 juta). Urus niaga ini sekaligus meletakkan Malaysia dalam peta transaksi digital bernilai tertinggi dunia.

Advertisement

ai com

Bagi pengikut rapat dunia gajet dan teknologi tempatan, nama Arsyan Ismail bukanlah asing. Memetik laporan Amanz, beliau sebelum ini pernah menjadi tular sebagai individu pertama di Malaysia yang membeli komputer riba Acer Predator 21X bernilai RM39,999. Rekod itu mengukuhkan reputasinya sebagai individu yang mahir menilai aset unik dan bernilai tinggi.

Kenapa AI.com Bernilai Sangat Tinggi?

Dalam ekosistem internet global, nama domain dua huruf sering dianggap sebagai “emas digital”. Ia ringkas, mudah diingati, dan sangat terhad dari segi jumlah. Dengan kebangkitan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI), memiliki domain AI.com ibarat memiliki alamat utama di pusat bandar dunia digital.

Pengasas platform dagangan kripto Crypto.com dilaporkan telah membeli domain tersebut pada harga $70 juta, harga tertinggi yang pernah didedahkan bagi penjualan nama domain setakat ini. Menurut broker domain kepada Financial Times, Fischer, keseluruhan jumlah itu dibayar sepenuhnya dalam bentuk mata wang kripto, dan disifatkan sebagai transaksi terbesar seumpamanya yang pernah diumumkan.

rakyat malaysia

Pemilikan domain berprestij ini bertujuan melancarkan entiti baharu dalam perlumbaan kecerdasan buatan global. Kris Marszalek, pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Crypto.com, merancang untuk memperkenalkan AI.com melalui iklan Super Bowl pada hujung minggu ini.

Laman web tersebut bakal menawarkan perkhidmatan “ejen AI” peribadi yang boleh digunakan untuk menghantar mesej, mengendalikan aplikasi, serta berdagang saham.

Marszalek menjelaskan rasional di sebalik pelaburan besar itu dengan menyatakan bahawa terdapat “sebab perniagaan yang kukuh” di sebalik pembayaran harga yang tinggi untuk AI.com.

ai.com

“Kami mempunyai keinginan yang besar untuk memiliki titik sentuh (touchpoint) ini, jika tidak, jenama anda hanya akan menjadi komoditi biasa,” katanya.

Beliau turut menambah, “Saya berpendapat ia sesuatu yang sangat menarik apabila seorang individu boleh memiliki dua domain yang mewakili kategori yang sebegitu penting.”

Transaksi ini bukan sahaja mengangkat nilai aset digital ke tahap baharu, malah membuktikan bahawa pemain teknologi dari Malaysia mampu berada di barisan hadapan ekonomi digital global.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-28 13:22:23

UpScrolled Bakal Tandingi TikTok? Ramai Netizen Mula 'Daftar' Akaun Guna Nama Selebriti

The post Rakyat Malaysia Pecah Rekod Jual Domain AI.com Pada Harga RM276 Juta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments