#Hiburan: Tular Foto Majlis Di Bali, Sabronzo Dipercayai Sudah Berkahwin Dengan DJ Antarabangsa

Tiada angin tiada ribut, tup tup sudah mendirikan rumah tangga dengan kekasih hati di Bali, Indonesia?

Tular foto memaparkan penyanyi, Sabronzo mengenakan gaun pengantin berwarna putih dan gara-gara itu timbul dakwaan bahawa dia sudah berkahwin dengan jejaka pilihannya.

Advertisement

Menerusi hantaran yang tular itu, ahli kumpulan berkenaan dilihat tertawa sambil memegang tangan DJ dari Belanda, Dash Berlin sambil tetamu yang hadir meraikan mereka.

Sabronzo Dolla sudah berkahwin.

Sabronzo kahwin

Mereka dikatakan berkenalan selepas berjumpa di sebuah acara konsert dan majlis berkenaan dipercayai dihadiri hanya keluarga terdekat dan rakan-rakan.

Foto lain dikongsikan individu lain memaparkan detik ketika penyanyi berusia 30 tahun berasal dari Kelantan itu disatukan dengan Dash Berlin.

Sabronzo dan Dash Berlin

Sehingga kini, masih tiada pengesahan daripada tuan empunya badan mahu pun wakil syarikat rakaman, Universal Music Malaysia.

Terdahulu, pada Mei lalu timbul spekulasi bahawa Sabronzo atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Roslin sedang hangat bercinta dengan seorang DJ antarabangsa selepas dilihat berbalas komen di media sosial.

bella astillah kahwin syed saddiq
2025-09-24 10:21:28

Bella Astillah Jawab Pertanyaan Jika Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat - "Terkejut Berita Keluar.."

The post Tular Foto Majlis Di Bali, Sabronzo Dipercayai Sudah Berkahwin Dengan DJ Antarabangsa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments