#Hiburan: Aisar Khaled Terima Penghargaan Daripada Senator Bali Selepas Dimalukan – “Walaupun Ribuan Orang Kata Buruk, Masih Jutaan Manusia Hargaiku”

Biarpun dihalau serta dimalukan walaupun hanya mahu menghulurkan bantuan, pempengaruh Aisar Khaled difahamkan telah menerima penghargaan daripada wakil Ahli Dewan Perwakilan Daerah (DPD) di Bali.

Hargai keprihatinan Aisar

Penghargaan tersebut diserahkan oleh Senator Bali iaitu Arya Wedakarna susulan menghargai keprihatinan Aisar terhadap penduduk di Bali yang terjejas akibat bencana.

Advertisement

Difahamkan, Aisar telah menerima sijil penghargaan serta pin istimewa Presiden Soekarno iaitu Bapa Kemerdekaan Indonesia sebagai simbol persahabatan dan usaha murninya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ☆ ☆ (@aisar_khaledd)

Bersyukur masih ramai yang menghargai

Susulan menerima penghargaan tersebut, pempengaruh terbabit meluahkan rasa syukur selain berkongsikan niat sebenarnya untuk membantu orang yang di dalam kesusahan.

Walaupun ribuan orang berkata buruk, masih jutaan manusia menghargaiku.

Terdahulu, Aisar telah pun dihalau oleh sekumpulan penduduk kampung di Bali sewaktu sedang menghulurkan bantuan berbentuk pakaian buat mangsa-mangsa banjir.

Aisar Khaled dihalau beri bantuan di Bali
2025-09-18 10:32:52

Aisar Khaled Diherdik & Dihalau Ketika Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Bali - "Pergi! Sana Kamu!"

The post Aisar Khaled Terima Penghargaan Daripada Senator Bali Selepas Dimalukan – “Walaupun Ribuan Orang Kata Buruk, Masih Jutaan Manusia Hargaiku” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments