#Hiburan: “Menyesal Jawab Panggilan Itu, Dia Cuma Fikirkan Diri Sendiri” – Akhirnya Bersuara Isu Dengan Elcah, Syada Amzah Akui ‘Trauma’,

Sedia maklum, isu yang berlaku di antara pempengaruh Elcah dan penyanyi, Syada Amzah sudah pun berlaku untuk beberapa minggu susulan Elcah mendakwa Syada merupakan individu yang menghasut dirinya untuk memfailkan perceraian.

Syada Amzah tidak lagi berdiam diri, ‘hilang sabar’ nama banyak kali dipetik

Lama mendiamkan diri, akhirnya Syada atau nama sebenar, Nursyuhada Dato’ Amir Amzah bersuara dengan memuat naik satu hantaran di Threads meluahkan perasaan.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, penyanyi berkenaan selama ini memilih untuk tidak bersuara dan menghormati pihak sana, namun namanya tetap dipetik hingga ke hari ini.

 

View on Threads

 

Tapi berbulan kemudian, nama saya masih disebut seolah-olah saya terlibat. Hakikatnya, awak yang hubungi saya dulu, dan saya menyesal sebab jawab panggilan tu.

Trauma dengan isu yang berlaku

Tambahannya lagi, dia juga seakan-akan menyindir dengan mengatakan hanya membuang masa melindungi maruah seseorang jika pihak itu memikirkan diri sendiri sahaja.

Tahun ni hati saya dah banyak kali hancur, tapi setiap kali tu ada pengajaran yang datang bersama.

Dapat dilihat juga, Syada membalas komen salah seorang netizen dengan mengatakan dirinya ‘trauma’ dengan segala yang telah terjadi dan tidak akan terlibat lagi dalam isu perkahwinan seseorang.

komen

Syada Amzah elcah putus kawan
2025-09-25 14:12:26

"Dia Hasut Untuk Bercerai, Saya Tanggung Rugi Puluhan Ribu" - Pempengaruh Elcah Putus Kawan Dengan Syada Amzah

The post “Menyesal Jawab Panggilan Itu, Dia Cuma Fikirkan Diri Sendiri” – Akhirnya Bersuara Isu Dengan Elcah, Syada Amzah Akui ‘Trauma’, first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments