#Hiburan: ‘Bachelorette Usrah’ Amira Othman Curi Perhatian, Netizen Terharu Dengan Pesanan Jadi ‘Isteri Syurga’

Penyanyi wanita, Amira Othman menerima kejutan istimewa berupa bachelorette usrah daripada rakan-rakan usrahnya beberapa hari sebelum bergelar isteri Ahad ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Amira meluahkan rasa terima kasih kepada rakan-rakan usrah, khususnya Betty Rahman atas kejutan yang begitu bermakna.

Advertisement

Bachelorette usrah oleh kawan-kawan usrah saya. MasyaAllah baiknya kawan-kawan saya ni. Mastermind, Betty Rahman, terima kasih selalu ada dengan mira. Selalu ajak mira pergi class. Usrah ni tentang pesanan menjadi isteri syurga.

Dalam pada itu, Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 31, turut mengucapkan penghargaan kepada ustazah serta rakan-rakan yang terlibat dalam bachelorette usrah atas perkongsian ilmu sebelum dia menempuh alam perkahwinan.

“Terima kasih ustazah di atas perkongsian ilmu. Terima kasih kawan-kawan syurga saya. Semoga kita berkawan sampai syurga,” katanya lagi.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi positif warganet yang kagum dengan lingkungan rakan-rakan Amira yang kelihatan cukup menyokong dan memberi inspirasi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Betty Rahmad simpan rahsia Nora Danish?
2025-09-09 16:25:57

"Saya Masih Simpan Satu Lagi 'Rahsia', Korang Yang Kutuk Tu Tak Payah Buang Masa.." - Betty Rahmad

The post ‘Bachelorette Usrah’ Amira Othman Curi Perhatian, Netizen Terharu Dengan Pesanan Jadi ‘Isteri Syurga’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments