#Hiburan: Inkues: Kak M Keluar Kenyataan Berbaur Ugutan Terhadap Zara Qairina – “Kalau Aku Touch Kau, Berdarah Kau Ni”

Mahkamah Koroner Kota Kinabalu diberitahu oleh saksi inkues kelapan, Azhari Abd Sagap, 31, bahawa pelajar yang dikenali sebagai Kak M ada mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap Zara Qairina Mahathir dan seorang lagi pelajar.

Namun kata Ketua Warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha itu, kenyataan tersebut diungkapkan Kak M ketika berada dalam emosi tidak baik.

Advertisement

Menurut Azhari, Kak M melafazkan,

Kalau aku touch-touch kau ini, berdarah kau ni.

SMKA Tun Datu Mustapha

Tambahnya, Kak M berada dalam emosi tidak stabil selepas mengetahui adiknya telah diejek oleh Zara Qairina dan seorang pelajar lain.

Kak M dikhabarkan turut memberitahu Ketua Warden tentang insiden tersebut dan berkata ejekan itu berpunca daripada biliknya yang kotor dan bersepah.

Itu sebabnya dia mengatakan perkara itu, hanya itu.

Saksi berusia 31 tahun itu menjelaskan bahawa Zara Qairina dan pelajar berkenaan mengejek adik Kak M yang merupakan pelajar Tingkatan Dua secara bertulis dan meninggalkan nota yang berbunyi,

Dia seorang yang ‘sok orku’, sengaja takutkan Form 1, padahal baru juga junior’.

zara qairina

Dia turut menjelaskan maksud ‘sok sok’ iaitu ‘pura-pura menjadi sesuatu’ manakala ‘orku’ pula adalah singkatan bagi ‘orang kuat’.

Dalam pada itu, Azhari turut berkata nama panggilan adik Kak Kak M juga disebut dalam bukti yang telah diserahkan kepada pihak polis.

Azhari berkata sedemikian selepas ditanya oleh peguam tertuduh kanak-kanak, Joan Goh, berhubung mesej berbaur ugutan yang diterima Zara Qairina di sekolahnya.

ibu zara
2025-09-18 18:27:33

Inkues Zara Qairina: Ketua Warden Persoal Tindakan Ibu Diam Diri Ketika Arwah Mengadu Masalah Tekanan Di Asrama

The post Inkues: Kak M Keluar Kenyataan Berbaur Ugutan Terhadap Zara Qairina – “Kalau Aku Touch Kau, Berdarah Kau Ni” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments